Thursday, June 5, 2008

aduh O.o

ADUH! apa sudah jadi oh? dunia sudah mau kiamat lo? itu naik ini naik situ naik sini naik sana naik macam macam naik la. kalau macam ini kita sama-sama mampus la.

orang kata, tanah ini baik, semua baik, rezeki dari tuhan. kian hari kian canggih, macam-macam teknologi kita pun ada, itu ada ini ada, yang kuat menghasilkan karbon dioksida kita pun ada! apa-apa benda pun boleh didapati di pusat beli-belah, mana-mana pun ada.

kereta pun banyak jenis model. tak sabar-sabar nak keluar model baru. sukar dinafikan bahawa pelbagai langkah telah diambil bagi menjadi kita ini gemilang dalam pandangan seluruh dunia, tetapi semuanya sama sahaja. nama je yang berlain-lainan. nama kereta cantik, design pun LEBIH KURANG sahaja. taklah banyak beza pun.

tambang teksi, bas dan kapal terbang pun tak semahal kereta KHAS yang dipakai dalam project khas itu. bermilion-milion sial! pergi luar bola buat pe? main roti canai? bancuh teh tarik kah? aduhai, ini macam pencapaian gemilang je. seluruh dunia ketawa la.

harga minuman kereta melambung lagi sial! macam mana nak pakai kereta? tengoklah, nanti semua barang pun ikut naik. itu naik ini naik...... macam macam naik! nak pakai kereta? lebih baik awak pikir masak-masak dulu, seluar pun hampir tanggal, nak pakai kereta lagi? cari baju pakai dulu!

tengoklah, semua naik. nanti angin pun naik!

aduh.. apa sudah jadi?



*disclaimer: the article above is fictionally fiction. it has nothing to do with anything, any organization, or anyone, dead or alive.*

1 comment:

YewShiong said...

why use bm..sounds kinda lame..
but i like the kereta khas part..maybe not just roti canai or whatever..who knows, that fella is the first to do some despicable act in space -.- *ahem ahem*